Ahad, 9 Disember 2012

Apam



BAHAN-BAHANNYA
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram gula perang (brown sugar)
25 gram gula 
1 cawan air
1 paket yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA CARA
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....
Sumber: (Resepi Mat Gebu) n mommy tukar sikit sini sana...
HaPpY TryiNg.. :)


Isnin, 22 Oktober 2012

Renungan Zulhijjah

" KHUTBAH TERAKHIR DARI NABI MUHAMMAD SAW "
 
(Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah)*
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.. 


 

Ahad, 30 September 2012

Mee Bandung

Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
  • 1 labu bawang putih (diketuk)
  • 5 biji bawang merah
  • ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
  • ½ cawan udang hidup
  • 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
  • Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
  • Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
  • ¾ – 1 cawan gula pasir
  • 3 – 4 cawan air rebusan daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
  • Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Tip:  Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. 

Cara-cara
1.    Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2.    Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3.    Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4.    Masukkan sos tiram
5.    Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6.    Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Tip: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
1.    Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2.    Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3.    Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4.    Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5.    Hidangkan.

Sumber: Chef Cid
Sumber: 
HaPpY TryiNg.. :)

HaPpY TryiNg.. :)

Sabtu, 29 September 2012

kuih Bakau

Bahan-bahan : (untuk hidangan 6 orang)
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 susu kecil minyak dalam loyang .
3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan.
4. Bakar 180'C sampai brown atau garing - lebih kurang 50 minit.

Tapioca Bingka Ubi

Bahan-bahan
1 kilo. ubi kayu parut - ditapis,buang airnya dan ambil sagu yang mendak
1 biji kelapa parut putih
3 biji gula Melaka-diracik halus
100g gula pasir
1sudu kecil pewarna kuning
Sedikit garam
Butter untuk melenser 

Cara-cara
I just mix all the bahan together and bakar in oven bersuhu 240 degree celcius, for about 45 minutes.
As simple as that...








 

















HaPpY TryiNg.. :)

Kek gula hangus

Bahan-bahan
A
1 3/4 gelas gula pasir
3 sudu butter
2 gelas air
B
2 cawan tepung
1 sudu kecil soda bikarbonat
C
5 biji telur
1 sudu kecil essent vanila
3/4 cawan susu pekat

Cara-cara
1.  Masak gula dengan api sederhana hingga hangus, kemudian  tuangkan air dan kacau hingga larut.
2. Masukkan butter, kacau dan sejukkan seketika.
3. Pukul kesemua bahan C hingga kembang dan masukkan semua bahan B yang telah diayak  terlebih dahulu
4. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
5. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
6. Bakar dengan suhu 180 selama 40 minit.

Special thanks to Pn Hjh Napisah for this marvellous recipe...

HaPpY TryiNg.. :)

Sabtu, 21 Julai 2012

Bubur Sumsum


Salam Ramadan al-mubarok…1st day puasa mcm2 nak masak..tadi mommy buat jelly chocolate..resepi boleh nengok entry yang akan datang…
Then ayah teringin nak makan bubur sumsum…how leh?? Fyi, ayah mommy mmg terror masak..so, he gimme these recipe :

Bahan-bahan A:
1 mangkuk Tepung beras
4 cawan (air + Santan)
1 sudu kecil garam halus
2 helai daun  pandan

Bahan-bahan B:
2 biji gula melaka
3 sudu gula pasir
2cm halia
2 helai daun pandan
6 cawan air

Cara-cara:
1.       Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Kacau hingga sebati  dan kenyal.
2.       Padamkan api dan kacau selama 5 minit.
3.       Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan. – mommy dapat 25 bekas. Kalau guna Loyang pun boleh tapi nnt kena potong2..
4.       Untuk kuahnya pula, masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk kecil dan kacau hingga mendidih. Kemudian sejukkan.
HaPpY TryiNg.. :)