" KHUTBAH
TERAKHIR DARI NABI MUHAMMAD SAW "
(Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah)*
Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu
lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir
di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti
mana kamu menganggap bulan ini dan Kota
ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang muslim sebagai amanah
suci. kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas segala amalan
kamu. Allah telah mengharamkan riba,
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama
kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan
kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara
kecil.
Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri
kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu maka mereka juga
berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita
kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap
mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu kamu yang setia. Dan
hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama
sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina. Wahai manusia,
dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah
zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah
bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada
muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,
tidak seorang pun yang lebih mulia dari
yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal
soleh.
Ingatlah
bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu
hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di
atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi
Nabi atau rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara, yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku sampaikan risalah
Mu kepada hamba-hambaMu..
Sumber info: http://www.al-azim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan