Isnin, 2 Julai 2012

Tom Yam Putih

Bahan-Bahan
1 mangkuk ayam & dipotong kecil
2 mangkuk air
7  ekor udang dibuang kepala ( kalau tak nak buang kepala pun ok)
5 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar -dibelah 2
5 biji cili padi – diketuk
2 biji tomato – dipotong dadu
3 batang serai – diketuk
6 helai daun limau purut diketuk
1 sudu kecil ssam jawa – seeloknya gunakan yang tanpa biji
2 biji limau nipis – dibelah dan dibuang biji
Daun ketumbar – dipotong kasar
Garam & gula – secukup rasa


Langkah-Langkah Memasaknya :
1. Tuangkan air ke dalam periuk
2. Masukkan ayam & bawang putih
3. Masukkan udang dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit
4. Masukkan air asam jawa, kacau
5. Besarkan api sebesar-besarnya, dan masukkan  sekaligus serai, daun limau purut & bahan yang diblender (bawang besar dan serai) . Biarkan menggelegak kuat   selama kira-kira 30 saat la lebih pun tak apa..
6. Perlahankan sekecil-kecil api. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada jarum (Sebenarnya kalau tak masuk gula pun boleh, takut ada yang nak rasa manis sikit)
7. Taburkan serbuk lada hitam dan perahkan limau nipis 2 belahan. Pastikan proses ini berlaku 8.tidak lebih 20 saat
9. Tutup api. Angkat terus dan hidangkan
10. Taburkan potongan daun ketumbar sebagai hiasan sikit.

Tom yam adalah salah satu hidangan yang berkhasiat sebab ia tak melibatkan minyak dan banyak juga menggunakan herba dalam masakan antaranya halia, serai dan daun limau purut yang boleh membantu mengekalkan kesihatan kita. 

HaPpY TryiNg.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan