Sabtu, 21 Julai 2012

Rendang daging


Assalamualaikum..ahlan wa sahlan ya ramadhan….
Mommy sambut bulan ramadhan dengan menyediakan ketupat, rendang, n sambal udang untuk family tercinta…over acting? Ini semua gara-gara kengkawan mommy kat tempat kerja ler…they all sambut puasa secara besar-besaran..siap rebus ketupat, rendang mcm nak sambut raya katenye..-it isn’t my family nyer cara actually, tapi xsalah kalau mommy turut mempraktikkan skill yg ada..x gitu..meriah sikit ramadhan thn ni..kalu banding dgn thn lepas, me n family sambut 1st ramadhan kat bandung, indoneisia-makan masakan padang..hisk teringat2 lah pulak..mm back 2 d track, these r d recipe yg mommy nak share dgn u alls..

Bahan-bahan A:
3cm Halia
3cm Lengkuas
10btg Cili api
4 ulas Bawang merah
6 ulasBawang putih
4 btg Serai

Bahan-bahan B:
1kg daging batang pinang
2 helai Daun kunyit
3 helai Daun limau purut
Garam secukup rasa
6 sudu Rempah kari daging
1/2 cawan Kerisik

Cara-cara:
1.       Daging dipotong saiz sederhana dan direbus selama 45 minit @ hingga empuk.
2.       Kisar semua bahan-bahan A dan tumiskan bersama dengan rempah kari.
3.       Kemudian masukkan daging yang telah empuk tadi bersama dengan air rebusannya.
4.       Kacau selalu supaya tidak hangus;
5.       Masukkan kerisik serta masukkan garam secukup rasa.
6.       Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang telah diracik halus.

Ini sahaja gambar yang sempat dirakamkan..(sambal udang finish already!!!)
HaPpY TryiNg.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan