Isnin, 10 Disember 2012

Masak Lemak Nangka

BAHAN-BAHAN A
500 gram nangka muda, buang kulit, potong dadu saiz sederhana dan rebus
500 gram udang,
1 kotak kecil santan cair
2 mangkuk air
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN B (ditumbuk)
1 biji tomato
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
15 biji cili padi (kalau nak pedas, letak lebih...)


CARA-CARA
  1. Rebuskan nangka hingga empuk. Masukkan nangka yang telah direbus ke dalam periuk (toskan). 
  2. Masukkan semua bahan, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga menggelegak.(kena selalu kacau supaya xpecah lemak..)
  3. Masukkan garam secukup rasa dan tambah daun kunyit. Biar mendidih perlahan dan kacau sekali sekala. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.
nyummy2
HaPpY TryiNg.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan