Isnin, 10 Disember 2012

Masak Lemak Nangka

BAHAN-BAHAN A
500 gram nangka muda, buang kulit, potong dadu saiz sederhana dan rebus
500 gram udang,
1 kotak kecil santan cair
2 mangkuk air
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN B (ditumbuk)
1 biji tomato
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
15 biji cili padi (kalau nak pedas, letak lebih...)


CARA-CARA
  1. Rebuskan nangka hingga empuk. Masukkan nangka yang telah direbus ke dalam periuk (toskan). 
  2. Masukkan semua bahan, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga menggelegak.(kena selalu kacau supaya xpecah lemak..)
  3. Masukkan garam secukup rasa dan tambah daun kunyit. Biar mendidih perlahan dan kacau sekali sekala. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.
nyummy2
HaPpY TryiNg.. :)

Ahad, 9 Disember 2012

Apam



BAHAN-BAHANNYA
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
75 gram gula perang (brown sugar)
25 gram gula 
1 cawan air
1 paket yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA CARA
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....
Sumber: (Resepi Mat Gebu) n mommy tukar sikit sini sana...
HaPpY TryiNg.. :)