Jumaat, 29 Mac 2013

Fruit Tart

Assalamualaikum...
this is my 1st entry for this year...been berry busy;].... so, entry kali ini mommy buat fruit tart specially for my sista in law: marina..(special request).. resepi ni mommy belajar from chef Muna (politeknik) last 2 years with marina.. so, its my pleasure to share this with all of u..sedap tau..puas makan....

BAHAN-BAHAN A (PASTRI MANIS)
500 gram tepung gandum
250 gram mentega
2 biji telur
2 sudu besar susu segar
2 sudu besar gula kastor
2 cubit  garam

BAHAN-BAHAN B (KRIM KASTARD-INTI)
1000 ml susu sega
2 biji telur
2 biji kuning telur
100 gram tepung kastard
200 gram gula kastor
1 sudu kecil vanilla

BAHAN-BAHAN C (BUAH-BUAHAN TART)
strawberry, kiwi, oren, anggur, peach (ikut suka)
yang penting colourful n delicious..

CARA-CARA MEMBUAT PASTRI
1. Gaul dan ratakan tepung, gula, mentega dan garam hingga rata.
2. Masukkan telur dan susu.
3. Uli rata adunan sehingga menjadi doh.
4. Rehatkan doh selama 15 minit.
5. Tekan doh tadi ke dalam bekas tart.
6. Bakar pada suhu 180 c untuk 15-20 minit.
7. Sejukkan.
 

CARA-CARA MEMBUAT KRIM KASTARD
1. Panaskan susu segar sehingga suam
2. Dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, kuning telur, gula kastor, tepung kastard dan esen vanilla. kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan adunan ke dalam susu UHT suam. Kacau sehingga mendidih dan pekat,
Masukkan kastard ini ke dalam bekas tart yang telah dibakar dan susun buah-buahan di atasnya.
#Tart ini juga boleh disapu dengan aprikot glace atau agar-agar segera untuk permukaan yang lebih berkilat..


 
fruit tart simply delicious..


























kalau ikut resepi ni, inti castard ada lebih, so mommy add some jagung (dlm tin) and ini hasilnya:
fruit pudding with love..


























nom..nomm...
HaPpY TryiNg.. :)